Gadaian (Ar-Rahn)
Pengertian Gadaian:
• Dari segi bahasa: Menahan dan menghalang.
• Dari segi syarak: Menjadikan suatu benda yang berupa harta sebagai jaminan kepada hutang, dan benda itu akan dijadikan pembayar jika hutang itu tidak dapat ditunaikan dengan cara benda itu dijual dengan harga yang berpatutan pada waktu benda itu dijual.
Rukun Gadaian ada enam (6) perkara:
1. Orang yang bergadai (رَاهِن)
2. Orang yang menerima gadaian (مُرۡتَهِن)
3. Barang yang digadai (مَرۡهُون)
4. Hutang (مَرۡهُون بِهِ)
5. Ijab
6. Qabul
2. Berakal;
3. Boleh mempergunakan hartanya;
4. Dengan kemahuannya.
1. Suci;
2. Ada manfaatnya;
3. Dapat diserahkan;
4. Ada dalam milik dan kekuasaan orang yang bergadai;
5. Diketahui oleh kedua-dua pihak.
2. Hendaklah hutang itu diketahui oleh kedua-duanya;
3. Hendaklah hutang itu tetap pastinya.
2. Didengar oleh orang hampir;
3. Bersamaan makna walaupun berlainan lafaz;
4. Tidak berta'liq (dikaitkan dengan sesuatu);
5. Tidak disyaratkan tempoh waktu;
6. Ijab tidak berubah sebelum qabul;
7. Jangan ada syarat yang memberi mudarat kepada Rahin atau Murtahin.
- Ruju' (Membatalkan Gadaian): Harus bagi Rahin ruju' jika barang gadaian belum diterima oleh Murtahin; tidak harus ruju' apabila barang telah diterima oleh Murtahin (tindakan mewakaf, menjual atau menyewakan barang selepas diterima Murtahin adalah tidak sah).
- Kedudukan Barang Digadai (Marhun): Rahin berhak mengambil manfaat yang tidak mengurangkan barang (seperti menunggang haiwan atau mendiami rumah), tetapi tidak harus membina bangunan atau menanam pokok tanpa izin Murtahin. Belanja pemeliharaan barang gadaian wajib ditanggung oleh pemilik asal barang.
- Amanah: Barang yang digadai di tangan Murtahin adalah amanah, bukannya jaminan (dhaman). Murtahin tidak dikenakan ganti rugi jika binasa tanpa cuai, tetapi dikenakan ganti rugi jika cuai (seperti menunggang haiwan gadaian atau memakai mangkuk gadaian). Barang tidak boleh diambil balik sehingga habis hutang dibayar.
| Aspek | Gadaian Islam | Gadaian Bukan Islam |
|---|---|---|
| 1. Cara Gadaian | Barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal. | Barang gadaian akan luput sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian. |
| 2. Cara Pembayaran | Nilai barang dan upah (simpanan). | Nilai barang termasuk faedah (bunga). |
| 3. Kesan | Membantu meringankan kesusahan. | Membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur riba atau gharar (penipuan). |