Nikah (Pengertian & Hukum Nikah)
Pengertian Nikah: Ialah satu akad yang menghalalkan persetubuhan di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Hukum asalnya adalah sunat kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW, tetapi berubah mengikut keadaan tertentu:
- 1. Sunat: Bagi orang yang mempunyai keinginan hendak berkahwin dan mampu menyediakan belanja kahwin.
- 2. Wajib: Bagi orang yang mempunyai keinginan hendak berkahwin, mampu menyediakan belanja kahwin serta ia takut melakukan perbuatan zina.
- 3. Makruh: (a) Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan hendak berkahwin tetapi ia tidak memperolehi belanja kahwin; atau (b) Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan hendak berkahwin, mampu menyediakan belanja kahwin tetapi ada padanya penyakit seperti lemah zakarnya atau sudah tua.
- 4. Haram: Bagi orang yang berniat hendak menganiaya dan menyakiti perempuan yang dikahwininya (afdhal tidak berkahwin dan disunatkan berpuasa).
- Perkara dalam Belanja Kahwin & Had Poligami: Belanja kahwin merangkumi (1) Mahar, (2) Pakaian, (3) Nafkah. Seorang lelaki dibenarkan oleh syarak berkahwin tidak lebih daripada empat (4) orang isteri.