⌨️ ڤاڤن ككونچي جاوي ملايو
بسم الله الرحمن الرحيم
📖 Dibaca: 0 / 11
📘 BUKU TEKS RASMI • BAHAGIAN KURIKULUM, JABATAN PENGAJIAN ISLAM NBD

📖 BUKU TEKS TAJWID DARJAH VI 📖

Kandungan tepat mengikut Buku Teks Tajwid Darjah VI (Muka Surat vii hingga 67), Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Negara Brunei Darussalam.

🤲 DOA SEBELUM BELAJAR (Muka Surat vii)
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ وَٱلصَّلَوٰةُ وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىٰٓ أَشۡرَفِ ٱلۡأَنۢبِيَآءِ وَٱلۡمُرۡسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰٓ ءَالِهِۦ وَصَحۡبِهِۦٓ أَجۡمَعِينَ ۞ ٱللَّهُمَّ ٱفۡتَحۡ عَلَيۡنَا حِكۡمَتَكَ وَٱنشُرۡ عَلَيۡنَا مِنۡ خَزَآئِنِ رَحۡمَتِكَ يَـٰٓأَرۡحَمَ ٱلرَّٰحِمِينَ ۞ وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰٓ ءَالِهِۦ وَصَحۡبِهِۦ وَسَلَّمَ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Ertinya: Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul Saidina Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian. Ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan bentangkanlah ke atas kami gedung rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada sekalian yang pengasih. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta sahabat baginda dan segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
🔍
📑 KANDUNGAN BUKU TEKS TAJWID DARJAH VI (11 PELAJARAN)
Pelajaran 1 Muka Surat 1 – 10

Lam At-Ta'rif (ال)

📌 Pembahagian Lam At-Ta'rif (ال)

Lam At-Ta'rif (ال) terbahagi kepada dua: (1) Al-Qamariyyah (ال قَمَرِيَّة) dan (2) Al-Syamsiyyah (ال شَمۡسِيَّة).

🌙 1. Al-Qamariyyah (ال قَمَرِيَّة)

Pengertian: Apabila Alif Lam Ta'rif bertemu dengan salah satu daripada huruf Qamariyyah. Hurufnya ada 14 huruf: ا ، ب ، غ ، ح ، ج ، ك ، و ، خ ، ف ، ع ، ق ، ي ، م ، هـ — terhimpun dalam rangkai kata: اِبۡغِ حَجَّكَ وَخَفۡ عَقِيمَهُ.

Cara Bacaannya: Wajib dinyatakan bacaan Lam bertanda sukun dengan hujung lidah diangkat pada gusi gigi depan sebelah atas.

أوَبِٱلۡءَاخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَAl-Baqarah: 4
بلَّيۡسَ ٱلۡبِرَّAl-Baqarah: 177
غٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفَّـٰرُSad: 66
حأَنَّهُ ٱلۡحَقُّAl-Baqarah: 26
جأَن تَدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَـنَّةَAli 'Imran: 142
كٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِAl-Mu'minun: 116
وحِينَ ٱلۡوَصِيَّةِAl-Ma'idah: 106
خحُبَّ ٱلۡخَيۡرِSad: 32
فوَهُوَ ٱلۡفَتَّاحُ ٱلۡعَلِيمُSaba': 26
عٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُFussilat: 36
قوَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَAl-An'am: 96
يوَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡءَاخِرِAl-Baqarah: 8
موَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَAl-Fajr: 20
هـمِنَ ٱلۡهَدۡيِAl-Baqarah: 196
☀️ 2. Al-Syamsiyyah (ال شَمۡسِيَّة)

Pengertian: Apabila Alif Lam Ta'rif bertemu dengan salah satu daripada huruf Syamsiyyah. Hurufnya ada 14 huruf: ط ، ث ، ص ، ر ، ت ، ض ، ذ ، ن ، د ، س ، ظ ، ز ، ش ، ل — terhimpun pada awal kalimah: طِبۡ ثُمَّ صِلۡ رَحِمࣰا تَفُزۡ ضِفۡ ذَا نِعَمٍ ۞ دَعۡ سُوٓءَ ظَنٍّ زُرۡ شَرِيفࣰا لِّلۡكَرَمِ.

Cara Bacaannya: Wajib diidghamkan tanpa dengung.

طوَٱلسَّمَآءِ وَٱلطَّارِقِAt-Tariq: 1
ثمِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزۡقࣰا لَّكُمۡAl-Baqarah: 22
صوَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَAl-Bayyinah: 5
ررَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓAl-'Alaq: 8
تأَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُAt-Takathur: 1
ضيَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَـٰلَةَAn-Nisa': 44
ذفَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰ'Abasa: 4
نوَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰAn-Najm: 1
ديُكَذِّبُ بِٱلدِّينِAl-Ma'un: 1
سوَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجۡعِAt-Tariq: 11
ظمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَAl-Baqarah: 35
زوَيُؤۡتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَAl-Bayyinah: 5
شوَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَاAsy-Syams: 1
لوَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُAl-An'am: 103
📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 10)
  1. Berapa bahagian Alif Lam Ta'rif dan jelaskan.
  2. Tuliskan huruf-huruf Al-Qamariyyah dan Al-Syamsiyyah.
Pelajaran 2 Muka Surat 11 – 15

Hukum Lam yang Berbaris (Harakah)

📌 Pembahagian Hukum Lam yang Berbaris (Harakah)

Hukum Lam yang berbaris (harakah) terbahagi kepada dua: (1) Tafkhim (تَفۡخِيم - Tebal) dan (2) Tarqiq (تَرۡقِيق - Nipis).

1. Tafkhim (تَفۡخِيم - Tebal)
Pengertian: Ditebalkan bunyi huruf Lam (ل) pada Lafzul Jalalah (لَفۡظُ الۡجَلَالَةِ) yang didahului oleh huruf yang berbaris di atas atau di depan.

Contoh:
• إِنَّ ٱللَّهَ (Al-Baqarah: 26)
• مِنَ ٱللَّهِ (Al-Baqarah: 138)
• فَضۡلُ ٱللَّهِ (Al-Baqarah: 64)
• وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ (Al-Baqarah: 189)
2. Tarqiq (تَرۡقِيق - Nipis)
Pengertian: Dinipiskan bunyi huruf Lam (ل) pada Lafzul Jalalah yang didahului oleh huruf yang berbaris di bawah.
Contoh: بِلِقَآءِ ٱللَّهِ (Al-An'am: 31), بِعَهۡدِ ٱللَّهِ (Ar-Ra'd: 20), قُل لِّلَّهِ (Al-Baqarah: 142), مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ (Hud: 43).

Nota Penting: Huruf Lam (ل) yang berbaris (harakah) selain daripada Lam pada Lafzul Jalalah wajib dinipiskan (Tarqiq). Contoh: مَا حَوۡلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ (Al-Baqarah: 17), ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ (Al-Baqarah: 3), تَطۡلُعُ عَلَىٰ قَوۡمٍ (Al-Kahfi: 90), مِن قَبۡلِكُمۡ (Al-Baqarah: 21).
Pelajaran 3 Muka Surat 16 – 24

Hukum Ra'

📌 Pembahagian Hukum Ra' (3 Bahagian)

Hukum Ra' terbahagi kepada tiga: (1) Tafkhim (Tebal), (2) Tarqiq (Nipis), dan (3) Harus Dua Wajah (Tafkhim atau Tarqiq).

🔊 1. Tafkhim (تَفۡخِيم - Tebal) — 6 Keadaan
  1. Ra' yang berbaris di atas atau di depan. Contoh: مَا حَرَّمَ إِسۡرَٰٓءِيلُ (Ali 'Imran: 93), فَمَنِ ٱفۡتَرَىٰ (Ali 'Imran: 94), لِمَ تَكۡفُرُونَ (Ali 'Imran: 98), وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ (Ali 'Imran: 135).
  2. Ra' yang mati didahului huruf yang berbaris di atas atau di depan. Contoh: أَكَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَـٰنِكُمۡ (Ali 'Imran: 106), وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ (Ali 'Imran: 109), تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ (Ali 'Imran: 109), لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (Ali 'Imran: 132).
  3. Ra' yang mati didahului huruf berbaris di bawah yang mendatang. Contoh: ٱرۡجِعُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَبِيكُمۡ (Yusuf: 81), ٱرۡجِعِيٓ إِلَىٰ رَبِّكِ (Al-Fajr: 28).
  4. Ra' yang mati didahului huruf berbaris di bawah yang asli dan selepasnya ada huruf Isti'la' خ ، ص ، ض ، غ ، ط ، ق ، ظ dalam satu kalimah. Contoh: فِي قِرۡطَاسٍ (Al-An'am: 7), كَانَتۡ مِرۡصَادًا (An-Naba': 21).
  5. Ra' yang dimatikan kerana berhenti (waqaf) dan didahului huruf yang berbaris di atas atau di depan. Contoh: عَنِ ٱلۡمُنكَرِ (Ali 'Imran: 104), صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ (Ali 'Imran: 118), بِٱلنُّذُرِ (Al-Qamar: 36), عَلَيۡهِمُ ٱلۡعُمُرُ (Al-Qasas: 45).
  6. Ra' (dimatikan kerana waqaf) yang diselang-selangi huruf yang bertanda mati (sukun) selain daripada huruf Ya' (ي) dan sebelumnya terdapat huruf berbaris di atas atau di depan. Contoh: بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (Ali 'Imran: 119), فِي ٱلۡأَمۡرِ (Ali 'Imran: 159).
🔉 2. Tarqiq (تَرۡقِيق - Nipis) — 4 Keadaan
(i) Ra' yang berbaris di bawah: فِيٓ أَمۡرِنَا (Ali 'Imran: 147), بِغَيۡرِ حَقٍّ (Ali 'Imran: 112).
(ii) Ra' yang mati didahului baris bawah yang asli dan selepasnya bukan huruf Isti'la': إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ (An-Nazi'at: 17), وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُمۡ (Ali 'Imran: 159).
(iii) Ra' yang dimatikan kerana berhenti (waqaf) dan didahului huruf yang berbaris di bawah: وَيَقۡدِرُ (Ar-Ra'd: 26), عَزِيزࣲ مُّقۡتَدِرٍ (Al-Qamar: 42).
(iv) Ra' yang dimatikan kerana berhenti (waqaf) dan didahului huruf berbaris di bawah atau di atas kemudian diselang-selangi keduanya oleh huruf Ya' (ي) yang mati: بَصِيرٌ (Ali 'Imran: 156), قَدِيرٌ (Ali 'Imran: 165), وَٱلطَّيۡرَ (Al-Anbiya': 79), فِيهَا ٱلسَّيۡرَ (Saba': 18).
⚖️ 3. Harus Dua Wajah (Tafkhim atau Tarqiq)
(i) Ra' pada kalimah فِرۡقٍ dalam Surah Asy-Syu'ara' ayat 63:
فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقࣲ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ

(ii) Ra' yang dimatikan kerana berhenti (waqaf) dan didahului oleh huruf Ta' (ط) atau Sad (ص) yang sukun:
• عَيۡنَ ٱلۡقِطۡرِ (Surah Saba': 12)
• ٱدۡخُلُوا۟ مِصۡرَ (Surah Yusuf: 99)
📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 24)
  1. Berapa bahagian hukum Ra' dan jelaskan bahagian tersebut.
  2. Jelaskan hukum Ra' pada kalimah berikut: (أ) ٱلرَّحِيمِ (ب) قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ (ج) فَكُّ رَقَبَةٍ (د) زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ
  3. Apa erti harus dua wajah dan jelaskan hukum Ra' pada kalimah فِرۡقٍ.
Pelajaran 4 Muka Surat 25 – 45

Mad Far'i

📌 Pengertian & Pembahagian Mad Far'i (4 Bahagian)

Pengertian Mad Far'i: Ialah memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf mad dan selepasnya ada huruf hamzah (ء) atau sukun.
Mad Far'i terbahagi kepada empat: (1) Mad Muttasil, (2) Mad Munfasil, (3) Mad Lazim, dan (4) Mad 'Aridh.

1. Mad Muttasil (مَدّ مُتَّصِل)
Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf mad apabila bertemu dengan huruf hamzah (ء) dalam satu kalimah.
Contoh: مِنَ ٱلنِّسَآءِ (An-Nisa': 24), تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ (Al-Hujurat: 9), سُوٓءَ ٱلۡعَذَابِ (Al-Baqarah: 49).
Cara Bacaan: Hendaklah dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat ketika menyambung (wasal) dan 4, 5 atau 6 harakat ketika berhenti (waqaf).
2. Mad Munfasil (مَدّ مُنۡفَصِل)
Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf mad apabila bertemu dengan huruf hamzah (ء) pada kalimah yang lain.
Contoh: رَبَّنَآ ءَاتِنَا (Al-Baqarah: 201), فِيٓ أَيَّامٍ مَّعۡدُودَٰتٍ (Al-Baqarah: 203), وَٱعۡلَمُوٓا۟ أَنَّكُمۡ (Al-Baqarah: 203).
Cara Bacaan: Hendaklah dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat ketika menyambung (wasal) dan 2 harakat ketika berhenti (waqaf).
3. Mad Lazim (مَدّ لَازِم) — Kalimi & Harfi

Pengertian Mad Lazim: Memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf mad apabila bertemu dengan huruf yang bersabdu (syaddah) atau sukun dalam satu kalimah. Terbahagi kepada dua: (1) Mad Lazim Kalimi (مَدّ لَازِم كَلِمِي) dan (2) Mad Lazim Harfi (مَدّ لَازِم حَرۡفِي).

  • (i) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (مَدّ لَازِم كَلِمِي مُثَقَّل): Bertemu dengan huruf yang bersabdu (syaddah) dalam satu kalimah. Dibaca dengan kadar 6 harakat. Contoh: أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِي حَآجَّ (Al-Baqarah: 258), فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةً (Al-Baqarah: 208), لَمِنَ ٱلضَّآلِّينَ (Al-Baqarah: 198).
  • (ii) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مَدّ لَازِم كَلِمِي مُخَفَّف): Bertemu dengan huruf yang mati (sukun) dalam satu kalimah. Dibaca dengan kadar 6 harakat. Contoh: ءَآلۡـَٔـٰنَ وَقَدۡ كُنتُم بِهِۦ (Yunus: 51), ءَآلۡـَٔـٰنَ وَقَدۡ عَصَيۡتَ (Yunus: 91).
  • Mad Lazim Harfi (مَدّ لَازِم حَرۡفِي): Memanjangkan huruf hija'iyyah yang terdapat pada permulaan surah yang dieja dengan tiga huruf yang ada di tengahnya huruf mad dan di akhirnya huruf mati. Hurufnya ada 14 huruf terhimpun dalam rangkai kata: صِلۡهُ سُحَيۡرࣰا مَن قَطَعَكَ, terbahagi kepada 4 bahagian:
    1. Huruf Alif (ا): Tidak dimadkan.
    2. Lima huruf wajib dibaca dengan 2 harakat (حَيࣱّ طَهُرَ — ح ، ي ، ط ، هـ ، ر): Ada 20 tempat dalam Al-Quran (ejaan namanya terdiri daripada dua huruf; dalam Mushaf Rasm Uthmani tidak ada tanda huruf Alif kecil di atas huruf حَيࣱّ طَهُرَ).
    3. Lapan huruf wajib dibaca dengan 6 harakat (نَقَصَ عَسَلُكُمۡ — ن ، ق ، ص ، ع ، س ، ل ، ك ، م): Ejaan namanya terdiri daripada tiga huruf dan di tengahnya ada huruf mad.
    4. Kecuali huruf 'Ain (ع): Wajib dibaca dengan dua wajah (4 atau 6 harakat) kerana bacaannya dipanjangkan dengan huruf Lin bukan huruf Mad.
  • Pembahagian Mad Lazim Harfi (2 Bahagian):
    • (i) Mad Lazim Harfi Muthaqqal (مَدّ لَازِم حَرۡفِي مُثَقَّل): Memanjangkan huruf Lam (ل) dan Sin (س) yang diidghamkan kepada Mim (م) — ada 10 tempat dalam Al-Quran (seperti الٓمٓ ، الٓمٓصٓ ، الٓمٓر ، طسٓمٓ).
    • (ii) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (مَدّ لَازِم حَرۡفِي مُخَفَّف): Memanjangkan bunyi huruf Mad Lazim Harfi yang tidak diidghamkan kepada Mim (م) — ada 34 tempat dalam Al-Quran (seperti نٓ ، قٓ ، صٓ ، عٓسٓقٓ ، طسٓ ، يسٓ ، الٓر ، كٓهيعٓصٓ).
4. Mad 'Aridh (مَدّ عَارِض)

Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf mad atau huruf lin yang selepasnya ada satu huruf yang dimatikan kerana berhenti (waqaf).
Contoh: إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِيمٌ (Al-Baqarah: 199), وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ (Al-Baqarah: 210), لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةࣱ وَلَا نَوۡمٌ (Al-Baqarah: 255).
Cara Bacaan: Hendaklah dibaca dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat.

Pelajaran 5 Muka Surat 46

Mad 'Iwad

📌 Pengertian, Contoh & Cara Bacaan Mad 'Iwad

Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf yang bertemu dengan huruf Alif berbaris dua di atas kerana berhenti (waqaf).

Contoh: رَقِيبًا (An-Nisa': 1), كَبِيرًا (An-Nisa': 2), حَسِيبًا (An-Nisa': 6).

Cara Bacaannya: Hendaklah dibuang satu baris pada bacaan sahaja tidak pada tulisan dengan kadar dua harakat.

Pelajaran 6 Muka Surat 47 – 51

Mad Silah

📌 Pengertian & Pembahagian Mad Silah

Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf Ha' (هـ / ـه) ganti nama (dhamir).
Mad Silah terbahagi kepada dua: (1) Mad Silah Qasirah (مَدّ صِلَة قَصِيرَة) dan (2) Mad Silah Tawilah (مَدّ صِلَة طَوِيلَة).

1. Mad Silah Qasirah (مَدّ صِلَة قَصِيرَة)
Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf Ha' (هـ / ـه) ganti nama (dhamir) apabila berada antara dua huruf yang berbaris dan bertemu dengan huruf selain daripada huruf hamzah (ء).
Cara Mengenal dalam Mushaf Rasm Uthmani:
1. Jika huruf Ha' berbaris bawah selepasnya ada huruf Ya' (ۦ) kecil: لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ (Ali 'Imran: 66), نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا (Ali 'Imran: 145).
2. Jika huruf Ha' berbaris depan selepasnya ada huruf Waw (ۥ) kecil: لَهُۥ كُن فَيَكُونُ (Ali 'Imran: 47), وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ (Ali 'Imran: 84).
Cara Bacaan: Wajib dibaca dengan dua harakat ketika menyambung (wasal) dan tidak boleh dimadkan ketika berhenti (waqaf).
2. Mad Silah Tawilah (مَدّ صِلَة طَوِيلَة)
Pengertian: Memanjangkan bunyi huruf Ha' (هـ / ـه) ganti nama (dhamir) apabila berada antara dua huruf yang berbaris dan bertemu dengan huruf hamzah (ء).
Cara Mengenal dalam Mushaf Rasm Uthmani:
1. Jika huruf Ha' berbaris bawah selepasnya ada huruf Ya' kecil dan tanda mad yang lebih panjang di atasnya (ـهِۦٓ): لَا يُؤَدِّهِۦٓ إِلَيۡكَ (Ali 'Imran: 75), بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنًا (Ali 'Imran: 103).
2. Jika huruf Ha' berbaris depan selepasnya ada huruf Waw kecil dan tanda mad yang lebih panjang di atasnya (ـهُۥٓ): وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ (Ali 'Imran: 83), وَبَيۡنَهُۥٓ أَمَدۢا بَعِيدًا (Ali 'Imran: 30).
Cara Bacaan: Wajib dibaca dengan empat atau lima harakat pada ketika menyambung (wasal) dan tidak boleh dimadkan ketika berhenti (waqaf).
📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 51)
  1. Apa erti Mad 'Iwad dan bagaimana cara bacaannya?
  2. Berikan hukum kalimah-kalimah di bawah ini: (أ) وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ (ب) أَجۡرًا عَظِيمًا (ت) إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (ث) وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا
Pelajaran 7 Muka Surat 52 – 53

Isymam

📌 Pengertian, Contoh & Cara Bacaan Isymam

Pengertian: Memuncungkan dua bibir mulut pada Mad 'Aridh jika huruf yang dimatikan itu berbaris di depan sama ada baris satu atau dua.

Contoh: وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (Al-Fatihah: 5), هُوَ خَيۡرٌ (Al-Baqarah: 61), وَٱلرَّيۡحَانُ (Ar-Rahman: 12).

Cara Bacaannya: Harus memuncungkan dua bibir mulut kerana memberi isyarat baris di depan pada huruf yang dimatikan kerana berhenti (waqaf).

Isymam Wajib dalam Mushaf Rasm Uthmani: Hanya satu sahaja dalam Mushaf Rasm Uthmani yang wajib dibaca dengan Isymam iaitu memuncungkan dua bibir mulut ketika dengung (idgham musyaddad) pada Nun: لَا تَأۡمَـ۫نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ (Surah Yusuf: 11).

Pelajaran 8 Muka Surat 54

Raum

📌 Pengertian, Contoh & Cara Bacaan Raum

Pengertian: Mengembalikan setengah bunyi huruf yang berbaris di depan (atau di bawah) dengan suara yang perlahan sekira-kira didengar oleh orang yang berhampiran.

Contoh: وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (Al-Fatihah: 5), هُوَ خَيۡرٌ (Al-Baqarah: 61), لِمَن يَشَآءُ (Al-Baqarah: 261).

Cara Bacaannya: Harus dibaca dengan Raum.

Pelajaran 9 Muka Surat 55 – 56

Imalah

📌 Pengertian, Contoh & Cara Bacaan Imalah

Pengertian: Meliuhkan sebutan huruf antara baris di atas dengan baris di bawah (Fathah dan Kasrah).

Hanya satu sahaja bacaan Imalah di dalam Al-Quran: بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَىٰهَا (Surah Hud: 41).

Cara Bacaannya: Wajib dibaca dengan meliuhkan antara di atas dan di bawah (Fathah dan Kasrah).

📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 56)
  1. Apa hukum mendatangkan Isymam dan berikan sebabnya?
  2. Jelaskan erti Raum beserta contohnya.
  3. بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَىٰهَا adalah contoh bagi bacaan: (أ) إِشۡمَام (ب) رَوۡم (ج) إِمَالَة
Pelajaran 10 Muka Surat 57 – 59

Saktah

📌 Pengertian & Tanda Saktah dalam Mushaf Rasm Uthmani

Pengertian: Memberhentikan bacaan (sekejap) dengan tidak putus nafas kerana menceraikan dua kalimah.
Dalam Mushaf Rasm Uthmani: Tanda Saktah berbentuk huruf Sin س terletak di akhir kalimah yang tertentu.

Ada empat (4) tempat dalam Al-Quran yang wajib dibaca dengan Saktah (ketika wasal):

  1. عِوَجَاۜ قَيِّمًا (Surah Al-Kahfi: 1)
  2. مِن مَّرۡقَدِنَاۜ هَـٰذَا (Surah Yasin: 52)
  3. وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ (Surah Al-Qiyamah: 27)
  4. بَلۡۜ رَانَ (Surah Al-Mutaffifin: 14)

Keterangan: Jika bacaan bersambung (wasal) wajib dibaca dengan Saktah dan jika bacaan berhenti (waqaf) tidak wajib dibaca dengan Saktah.
Dan hanya satu sahaja yang harus dibaca dengan Saktah: مَالِيَهۡۜ هَلَكَ (Surah Al-Haqqah: 28).

📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 59)
  1. Jelaskan erti Saktah dan tuliskan bentuk Saktah.
  2. Berapakah tempat dalam Al-Quran yang wajib dibaca dengan Saktah dan tuliskan 2 contoh sahaja.
Pelajaran 11 Muka Surat 60 – 67

Waqaf dan Ibtida'

🛑 1. Waqaf (وَقۡف) & 6 Tanda Waqaf dalam Mushaf Rasm Uthmani

Pengertian Waqaf: Memberhentikan bacaan kerana sempurna ayat atau keputusan nafas. Tanda-tanda Waqaf dalam Mushaf Rasm Uthmani ada enam (6):

1. مـ Waqaf Tam (وَقۡف تَام) — Wajib Berhenti
Hukum: Wajib berhenti.
Contoh: خَيۡرࣱ لَّوۡ كَانُوا۟ (Al-Baqarah: 103), مِّثۡلَ قَوۡلِهِمۡ ۘ تَشَـٰبَهَتۡ (Al-Baqarah: 118).
2. قلى Waqaf Kafi (وَقۡف كَافِي) — Lebih Baik Berhenti
Hukum: Lebih baik berhenti.
Contoh: إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلۡعَذَابِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ (Al-Baqarah: 85), بِرُوحِ ٱلۡقُدُسِ ۗ أَفَكُلَّمَا (Al-Baqarah: 87).
3. صلى Waqaf Hasan (وَقۡف حَسَن) — Lebih Baik Disambung
Hukum: Lebih baik disambung.
Contoh: بِٱلۡءَاخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ (Al-Baqarah: 86), مِنۡ عِبَادِهِۦ ۖ فَبَآءُو (Al-Baqarah: 90).
4. لا Waqaf Qabih (وَقۡف قَبِيح) — Ditegah Berhenti
Hukum: Ditegah berhenti.
Contoh: مِنَ ٱلۡعِلۡمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ (Al-Baqarah: 120), فِي ٱلۡكِتَـٰبِ ۙ أُو۟لَـٰٓئِكَ (Al-Baqarah: 159).
5. ج Waqaf Ja'iz (وَقۡف جَائِز) — Harus Berhenti
Hukum: Harus berhenti.
Contoh: كَفَرُوا۟ بِهِۦ ۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ (Al-Baqarah: 89), بِكُفۡرِهِمۡ ۚ قُلۡ بِئۡسَمَا (Al-Baqarah: 93).
6. ۛ ۛ Waqaf Ta'anuq (وَقۡف تَعَانُق) — Salah Satu Tanda
Hukum: Harus berhenti pada salah satu tanda.
Contoh: لَا رَيۡبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدࣰى لِّلۡمُتَّقِينَ (Al-Baqarah: 2), قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدۡنَا ۛ أَن تَقُولُوا۟ (Al-A'raf: 172).
▶️ 2. Ibtida' (اِبۡتِدَاء) — Ja'iz & Qabih

Pengertian Ibtida': Memulakan bacaan selepas waqaf sama ada di akhir ayat atau pertengahan ayat. Ibtida' terbahagi kepada dua: (1) Ibtida' Ja'iz (اِبۡتِدَاء جَائِز) dan (2) Ibtida' Qabih (اِبۡتِدَاء قَبِيح).

1. Ibtida' Ja'iz (اِبۡتِدَاء جَائِز)
Pengertian: Memulakan bacaan dari perkataan yang sempurna maknanya yang tidak merosakkan makna ayat.
Contoh: كَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۠ وَرُسُلِيٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ (Surah Al-Mujadilah: 21).
2. Ibtida' Qabih (اِبۡتِدَاء قَبِيح)
Pengertian: Memulakan bacaan dari perkataan yang tidak sempurna maknanya atau membawa makna yang mewahamkan dan merosakkan makna ayat.
Contoh: إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ (Al-Ma'idah: 72) — Jika dibaca bermula dengan kalimah tersebut akan merosakkan maksud ayat (“Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”); bacaan yang sempurna hendaklah bermula dengan kalimah: لَّقَدۡ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ (“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata...”).
📝 Soalan Penilaian Buku Teks (Muka Surat 67)
  1. Beri erti Waqaf.
  2. Apa erti Waqaf berikut: (أ) وَقۡف كَافِي (ب) وَقۡف حَسَن
  3. Berapa bahagian Ibtida' dan terangkan.
Tiada pelajaran atau hukum tajwid yang sepadan dengan carian biskita. Cuba kata kunci lain!
⬆️ Atas